BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 9, 2010

Renungan buat diriku yang alpa....

Assalamualaikum..

kita sering alpa dengan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita oleh Yang Maha Esa, hasil daripada kerakusan manusia mengejar kemewahan kebendaan telah membutakan terus hati manusia untuk melihat keindahan serta kekuasaan Allah S.W.T. walaupun telah terang lagi bersuluh Allah telah memperlihatkan beberapa kekuasaan -Nya dengan lebih kasar lagi, namun manusia sering alpa dengan segala benda yang ada di hadapan mata mereka....

Ini amat memilukan kerana manusia yang buta hatinya adalah lebih parah daripada mereka yang buta matanya..mereka yang buta matanya hanya tidak dapat melihat di dunia, tetapi mampu melihat jalan akhirat...tapi sebaliknya bagi mereka yang buta hatinya mereka bukan sahaja sesat dalam cahaya suluhan dunia, malah buta di akhirat kelak...golongan ini akan mendapat kerugiaan yang besar sekiranya mereka masih belum celik akan hatinya...rugi melihat dunia tidak sebesar ruginya tidak mampu melihat akhirat..penglihatan didunia banyak dugaan serta cabaran yang mendatang, oleh itu, kita haruslah menghadapi segala dugaan dan cabaran ini dengan menggunakan akal dan juga penglihatan mata hati....

manusia yang berfikir menrupakan manusia yang hidup, manakala manusia yang hidup tanpa menggunakan akal, samalah diibaratkan bangkai hidup...sekiranya kita tidak mahu diibaratkan sebegitu, ayohlah kita sama2 menggunakan akal, berfikir mengenai hal-hal duniawi jua ukhrawi..
membina ketamadunan yang berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak..

-pengharap jalan kebenaran-

0 comments: