BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 8, 2010

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sesi pembelajaran sebenar bakal bermula setelah berakhirnya program KIKA...
namun pengakhiran program itu bermakna bermulanya perpisahan yang terpaksa di hadapi....
berat hati ini melihat rakan-rakan pergi meninggalkan ku...

Perpisahan tetap berlaku tak kira segagah mana aku menahan mereka, mereka tetap pergi, kerana mungkin rezeki mereka lebih terbuka disana berbanding disini...
segala memori yang pernah dicipta antara kita semua tidak akan pernah ku lupakan....
memori bersamamu ibarat suluhan cahaya keriangan dihatiku walaupun memori itu perit mahupun manis...

Kepada homeroom ku, semoga berjaya menepuhi segala dugaan yang mendatang tanpa kehadiranku...kelibatmu akan dirindui...moga ukhwah kita tidak terputus dipertengahan jalan...

kepada dirimu, ketahuilah ak bahagia mengenali dirimu, walaupun masa terasa singkat, ak bersyukur atas segala yang telah engkau berikan kepada hidupku..jangan pernah lupakan ku...

seterusnya kesedihan ini ku hulurkan kepada beberapa ahli kelas ku yang bakal menetap di tempat yang baru...moga Allah membantu kalian dalam usaha meneruskan jihad ditempat baru...

kenangan yang tercipta akan ku abadikan dalam kamus hidup ku, semoga perjuangan kalian tidak terhenti begitu jua dengan ikatan persahabatan yang telah kita jalinkan selama ini....

akhir kalam,dengan segala kerinduan, kepiluan, dan jua kesedihan yang tidak tergambar dengan kata-kata, aku memaksa diri ini menerima keyataan bahawa kalian tetap pergi ke sana...

-pengharap jalan kebenaran-

0 comments: